Industri pelabuhan kekurangan pemandu treler kontena - Utusan Malaysia

Industri pelabuhan kekurangan pemandu treler kontena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Mei – Industri pelabuhan kini berhadapan masalah kekurangan pemandu treler kontena daripada warga tempatan apabila mereka didapati beralih angin untuk bekerja di negara jiran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebagai contoh di Pelabuhan Klang, Selangor dan Pelaburan Tanjung Pelepas, Johor kini menghadapi kekurangan lebih 1,000 pemandu treler kontena.

Katanya, walaupun pekerjaan tersebut menawarkan gaji lebih RM3,300 sebulan, namun warga tempatan kurang minat menceburi sektor pekerjaan yang sukar, kotor dan berbahaya (3D).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka selain itu sempat bekerja di pelabuhan dalam negara ini dalam tempoh enam bulan, selepas itu mereka tukar kerja ke negara lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.

“Sehubungan itu, saya merayu kepada rakyat Malaysia agar mencari peluang ini kerana ia dapat menjamin ruang pekerjaan kepada mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Perlabuhan Kebangsaan (NSPC) di sini hari ini.

Pada masa sama, Anthony berkata, pihaknya akan memohon kepada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia agar membenarkan warga asing untuk bekerja sebagai pemandu treler kontena.

Katanya, perkara itu berikutan keputusan kerajaan untuk membekukan penglibatan pekerja asing dalam sektor terlibat.

“Kita mohon agar kelonggaran ini dibuka dalam tempoh tiga hingga lima tahun sebelum semua pelabuhan menuju ke arah era digital dalam perkhidmatan masing-masing.

“Kerajaan percaya jika semua pelabuhan di negara ini menuju ke era digital, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos dan menjimatkan sumber tenaga kerja serta masa,” katanya.

Menurut Anthony, industri pelabuhan negara ini telah berkembang sehingga 10 peratus pada suku pertama tahun ini dan ia menunjukan sektor itu memerlukan lebih ramai tenaga kerja.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini