Ruang Cikgu pelopor platform e-ilmu bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Ruang Cikgu pelopor platform e-ilmu bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan program “Ruang Cikgu” yang diadakan di Petaling Jaya, dekat sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengasas Ruang Cikgu, Datin Norzihan Ahmad serta para ahli lembaga pengarah syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…
ecikgu-2
 

Turut hadir ialah Pengerusi, Tengku Datuk Zalila Tengku Kamaruzaman dan Penasihat, Datuk Latt Shariman Abdullah.

Selepas majlis pelancaran, baginda berdua dipersembahkan taklimat dan diberi penjelasan tentang ‘Ruang Cikgu’ di samping melawat ke ‘Unit Studio: Cara Pembikinan Video’ dan ‘Unit Suntingan dan Platform Ruang Cikgu’ sebelum disembah perkenalkan kepada para ’Cikgu’ yang terlibat.

Maklumat lanjut mengenai produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ‘Ruang Cikgu’ yang merupakan platform e-ilmu ‘bisnes skils’ bersijil dalam bahasa Melayu boleh dilayari melalui www.ruangcikgu.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini