Klinik Kesihatan Seri Kembangan sesak - Utusan Malaysia

Klinik Kesihatan Seri Kembangan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KEMUDAHAN
Klinik Kesihatan Kerajaan sememangnya amat memberi manfaat kepada rakyat. Dengan hanya membayar RM1, pesakit boleh mendapatkan rawatan sewajarnya.

Namun demikian, kepadatan penduduk di kawasan tertentu menyebabkan klinik kesihatan di kebanyakan kawasan mengalami kesesakan seperti yang berlaku di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, Selangor.

Kemudahan sedia ada tidak bersesuaian bagi menampung jumlah pesakit semakin ramai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bayangkan pesakit terpaksa menunggu hampir sejam hanya untuk mendapatkan nombor giliran. Itu belum lagi untuk menunggu bagi mendapatkan rawatan.

Dalam hal ini saya memuji sikap pegawai perubatan dan kakitangan klinik kesihatan di situ yang begitu komited dalam menjalankan tugas tanpa menunjukkan reaksi marah atau bermasam muka dek kerana terpaksa melayan kerenah pesakit yang ramai.

Mereka sebaliknya memberikan rawatan dan perkhidmatan sebaik mungkin kepada pesakit.Justeru, saya berharap Kementerian Kesihatan dapat melihat perkara ini sama ada untuk membina sebuah lagi kemudahan klinik kesihatan baharu yang berdekatan bagi mengelak kebergantungan terhadap klinik kesihatan sedia ada.

Sementara menunggu klinik baharu, pihak kementerian boleh menambah blok bangunan di tempat sedia ada bagi keselesaan pesakit di samping penambahan kakitangan yang bertugas supaya kakitangan sedia ada tidak dibebani tugas yang banyak.

AINI

Seri Kembangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini