Jaga nama baik Liverpool - Moore - Utusan Malaysia

Jaga nama baik Liverpool – Moore

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Liverpool mengutuk tindakan segelintir penyokong kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu apabila ada dalam kalangan mereka mencetuskan kekecohan dengan menolak orang awam ke dalam kolam air pancut.

ORANG awam (berbaju biru) kelihatan basah selepas ditolak ke dalam kolam air pancut oleh penyokong Liverpool di bandar Barcelona. – AGENSI

Kejadian tersebut berlaku menjelang aksi separuh akhir pertama Liverpool menentang Barcelona di Camp Nou, hari ini. Sekurang-kurangnya dua video tular di media sosial yang memaparkan penyokong The Reds mencetuskan kekecohan tersebut di dataran Placa Reial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua pegawai eksekutif Liverpool, Peter Moore berharap penyokong The Reds dapat menjaga tingkah-laku mereka dengan baik sepanjang berada di bandar Barcelona.

“Kami berbangga kerana dapat menakluki Eropah. Bagaimanapun, layanlah bandar ini dengan rasa hormat seperti mana ia berhak menerimanya dan jaga tingkah-laku,’ katanya.

Insiden tersebut pastinya menjadi kejutan memandangkan penyokong Liverpool sering menerima pujian kerana mereka tidak mencetuskan kekecohan sepanjang berada di kawasan sekitar Eropah pada musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini