Perubahan waktu operasi lorong tambah nilai di Lebuhraya Guthrie - Utusan Malaysia

Perubahan waktu operasi lorong tambah nilai di Lebuhraya Guthrie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Pemegang konsesi Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Prolintas Expressway Sdn Bhd (PESB) mengubah waktu operasi lorong tambah nilai, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi) Prolintas, Rostam Shahrif Tami berkata, lorong tambah nilai akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 4 petang dan 8 malam hingga 10 malam setiap hari di semua plaza tol iaitu Bukit Jelutong, Elmina serta Lagong.

“Pelaksanaan waktu operasi baharu ini adalah usaha GCE menggalakkan penggunaan perkhidmatan kiosk layan diri yang sudah mula beroperasi di lorong berlapis Touch ‘N Go di Plaza Tol Bukit Jelutong (arah utara), kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan dan arah utara) serta hentian sebelah Lagong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai alternatif, pengguna juga boleh melakukan transaksi tol menggunakan perkhidmatan eWallet di semua plaza tol Lebuhraya GCE,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mahu membuat sebarang pertanyaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035.

“Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter: @GCEtrafik atau layari laman web: www.prolintas.com.my dan Facebook: PROLINTAS Highways,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini