Pelajar Tingkatan Dua ditahan selepas disyaki curi motosikal - Utusan Malaysia

Pelajar Tingkatan Dua ditahan selepas disyaki curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua ditahan semalam selepas dia disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini.

Suspek berusia 14 tahun itu ditahan pada pukul 5.10 petang dalam Op Lejang yang dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek ditahan ketika sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda C70 berwarna biru. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Remaja tersebut bagaimanapun cuba melarikan diri sehingga terlanggar seorang anggota polis namun dia berjaya ditahan. 

“Anggota polis yang dilanggar suspke itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan pemeriksaan lanjut mendapati enjin motosikal berkenaan telah dicanai atau diusik,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Ahmad Adnan, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini