SKM terus memperkasakan koperasi - Utusan Malaysia

SKM terus memperkasakan koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Mei – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengatur strategi baharu dengan menggabungkan semua koperasi di seluruh negara dalam membentuk perniagaan berskala lebih besar melibatkan enam sektor.

Sektor telibat adalah kewangan; pemborongan dan Peruncitan; industri asas tani; peladangan; penjagaan diri; kesihatan dan pelancongan serta hal tanah.

Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, dengan penggabungan melibatkan koperasi kecil, pertengahan dan besar itu sekaligus dapat membantu koperasi masing-masing untuk memperbesarkan modal yang sebelum ini terhad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, setakat ini pihaknya merekodkan lebih 14,000 koperasi yang berdaftar di Malaysia di mana ahlinya mempunyai 6.5 juta orang.

“Ini bukan satu angka yang kecil mananakala dari segi perolehannya mencapai RM42 billion setakat ini.

“Saya berharap tahun 2020 nanti kita mendapat perolehan lebih besar dijangka mencecah RM50 billion hingga RM55 billion manakala aset yang ada sekarang adalah RM139.6 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Koperasi Konsortium E-Mutiara Kelantan Berhad di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Koperasi Konsortium E-Mutiara Kelantan Berhad, Che Ibrahim Che Ismail.

Sementara itu, Nordin memberitahu, pihaknya akan terus memperkasakan lagi semua koperasi yang ada supaya dapat memainkan peranan lebih besar.

Katanya, koperasi memainkan peranan yang amat penting dalam sosial ekonomi dan dengan penggabungan koperasi itu boleh bersaing dengan badan korporat-koporat yang besar.

“Kita tahu ketika ini ramai golongan-golongan belia menjadi jutawan, oleh itu saya berharap mereka jangan melepaskan peluang menjadi ahli koperasi,”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini