2 cedera dipukul 10 lelaki - Utusan Malaysia

2 cedera dipukul 10 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 1 Mei – Gara-gara pertelingkahan dengan seorang lelaki di Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, dekat sini, dua lelaki diserang di sebuah stesen minyak berhampiran Plaza Tol Tanjung Kupang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian 6.20 petang itu, mangsa berusia 21 tahun bersama-sama rakan yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke Singapura berselisih faham dengan seorang lelaki tidak dikenali semasa berada di Kompleks Sultan Abu Bakar.

Katanya, semasa mangsa sampai di Plaza Tol Tanjung Kupang, dia bersama rakannya telah ditahan oleh kira-kira 10 lelaki dan kumpulan suspek itu menunjukkan isyarat lucah dan menjerit-jerit terhadap mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu kemudiannya pergi ke stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak dan suspek bertindak terus memukul mangsa dan rakannya menggunakan helmet mengakibatkan mangsa mendapat kecederaan di dahi serta bibir berdarah manakala rakannya tidak alami kecederaan.

“Pengadu telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Gelang Patah. Disebabkan tidak puas hati terhadap suspek, mangsa telah datang ke balai untuk buat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, suspek bersama-sama kira-kira 10 orang datang menaiki motosikal bertindak memukul suspek di stesen minyak berkenaan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini