Rampas bot, peralatan, hasil laut RM6.4 juta - Utusan Malaysia

Rampas bot, peralatan, hasil laut RM6.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 1 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan 24 nelayan asing termasuk dua tekong yang dipercayai sedang mencuri sumber perikanan negara dengan menggunakan dua buah bot pada kedudukan 19 Batu Nautika tenggara perairan Pulau Aur, di sini pada pukul 12.30 tengah hari semalam.

Kepten Maritim Zon Maritim Tanjung Sedili, Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kesemua pihak yang ditahan merupakan warga Vietnam dan berusia antara 15 hingga 56 tahun.

“Sebuah kapal peronda Maritim Malaysia mengesan dua bot yang mempamerkan tanda nama Vietnam dan selepas pemeriksaan dibuat, mereka didapati telah melakukan kesalahan di bawa Akta Perikanan 1985.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua tekong gagal mengemukakan apa-apa lesen bot manakala sebilangan kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Maritim Malaysia turut merampas kedua-dua bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan laut dan bahan bakar yang dianggarkan bernilai RM6.4 juta.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah dari Pengarah Perikanan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini