PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diyakini sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.
“Ya, saya fikir dialah (Abdul Hamid) jadi KPN. Saya fikir Agong telah tandatangan (surat pelantikan)” katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Berita berkaitan:
Abdul Hamid dijangka akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.
Desas-desus mengenai pelantikan Abdul Hamid sebagai KPN menggantikan Mohamad Fuzi mulai tersebar sejak Februari lalu. – K! ONLINE











