‘Kami di bawah prestasi sebenar’ - Utusan Malaysia

‘Kami di bawah prestasi sebenar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Christian Eriksen mengakui Tottenham tidak berada dalam prestasi terbaik selepas tewas 0-1 kepada Ajax dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino seperti hilang arah dalam babak pertama di Stadium Tottenham Hotpsur, memberikan runag kepada Donny van de Beek untuk meledak gol pada minit ke-15.

Prestasi Spurs bagaimanapun meningkat dalam separuh masa kedua, namun Ajax tetap konsisten dengan prestasinya dengan hampir menambah jaringan apabila tendangan David Neres sekadar menyinggah tiang gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain kebangsaan Denmark itu merupakan salah seorang bintang Spurs yang tenggelam dalam perlawanan tersebut, dengan mengakui aksi malam itu bukan yang terbaik daripadanya.

“Kami di bawah prestasi sebenar. Kami tidak bermain dengan baik secara keseluruhan. Dalam 20 minit pertama, kami sekadar melihat bola. Kami perlu mengubahnya dalam perlawanan seterusnya.

“Kami membuatkan mereka (Ajax) semakin baik. Mereka beraksi bagus, tetapi kami turut membantunya untuk menjadi lebih baik. Itu silap kami.

“Semua orang tidak mahu kami bermain seperti babak pertama. Semua orang tahu kami gagal melaksanakannya. Kami tetap tewas, namun kami semakin bagus dalam babak kedua,” ujar Eriksen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini