Okazaki cari kelab baharu - Utusan Malaysia

Okazaki cari kelab baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Mei – Shinji Okazaki mengesahkan dia akan meninggalkan Leicester selepas kontraknya tamat hujung musim ini dengan dia sedang mencari kelab yang membolehkan dia bermain sebagai penyerang.

Pemain berusia 33 tahun itu hanya membuat satu penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan dia gagal menyertai Huddersfield pada awal tahun ini.

Selepas memainkan peranan penting ketika The Foxes menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam musim pertamanya di Stadium King Power dengan menjaringkan lima gol dalam 36 penampilan namun Okazaki kemudiannya gagal mendapatkan tempat untuk bermain secara tetap.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain Jepun itu mengakui sangat kecewa kerana terpaksa bermain di bahagian bukan kegemarannya.

“Semasa sambutan hari lahir ke-30 kami sedang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Itu adalah musim pertama saya bersama Leicester.

“Walaupun saya adalah penyerang tetapi saya bermain lebih seperti pemain tengah. Jelas sekali saya bukan penyerang di Leicester.

“Saya dilihat sebagai pemain tengah. Saya kemudiannya merasakan saya tidak layak bermain di bahagian tengah kerana pemain profesional lain memiliki kemahiran yang sangat tinggi berbanding saya,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini