Yayasan UEM peruntuk RM925,000 bantu mahasiswa B40 - Utusan Malaysia

Yayasan UEM peruntuk RM925,000 bantu mahasiswa B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Yayasan UEM memperuntukkan lebih RM925,000 bagi menjayakan Program Bantuan Pelajar yang bertujuan meringankan kos sara hidup yang ditanggung 257 mahasiswa golongan berpendapatan rendah (B40) di universiti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan UEM, Aishah Nor berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan yang pertama seumpamanya dilaksanakan yayasan itu selain menyahut saranan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan berkenaan.

“Cabaran harian yang ditanggung oleh mahasiswa B40 adalah isu serius dan bukan sekadar dari berita yang sering kali kami baca tetapi juga dari perkongsian mahasiswa sendiri sewaktu sesi interaksi yang kami adakan bersama mereka dari semasa ke semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selari dengan matlamat Kumpulan UEM untuk menjadi entiti yang menitikberatkan tanggungjawab sosial, kami berharap menerusi program bantuan yang diperkenalkan dapat sedikit sebanyak memainkan peranan dalam membantu Kerajaan menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini