7 ditahan terlibat judi dalam talian - Utusan Malaysia

7 ditahan terlibat judi dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dipercayai terlibat dalam penganjuran judi dalam talian di sebuah rumah semi-d tiga tingkat di Puteri Height, dekat Rawang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, dalam serbuan dijalankan pasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira pukul 9 malam.

“Serbuan dibuat hasil daripada maklumat mengenai kegiatan perjudian yang beroperasi sejak sebulan lalu di kediaman mewah yang mempunyai kawalan keselamatan 24 jam tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Enam daripada lelaki tersebut merupakan warga tempatan berusia 17 hingga 35 tahun manakala lelaki Indonesia terbabit berusia 24 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Arsad, dalam serbuan itu juga, pihaknya merampas peralatan antaranya telefon bimbit, komputer, komputer riba, modem, buku senarai nombor telefon serta resit dipercayai digunakan untuk kegiatan perjudian tersebut.

“Kesemua yang ditahan bertanggungjawab mengurus dan memantau judi dalam talian di samping berurusan dengan pelanggan menggunakan aplikasi Wechat, WhatsApp dan Telegram, manakala transaksi pembayaran adalah secara online banking.

“Hasil siasatan awal mendapati anggaran pertaruhan diperolehi sebanyak RM30,000 hingga RM40,000 sebulan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini