Akademia, kakitangan UPM terima anugerah MGAP - Utusan Malaysia

Akademia, kakitangan UPM terima anugerah MGAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Sebanyak 23 ahli akademia termasuk dua kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah dalam Majlis Gemilang Akademia Putra 2018 (MGAP 2018).

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris berkata, anugerah itu diberikan bertujuan menzahirkan pengiktirafan kepada warga UPM yang memberi khidmat bakti cemerlang sekali gus menaikkan nama universiti di arena pendidikan tinggi negara dan global.

“Selain itu, anugerah ini juga diberikan bagi menghargai jasa dan meraikan kecemerlangan warga universiti dalam bidang kepakaran dan sumbangan kepada pembangunan masyarakat serta negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UPM selaku peneraju pendidikan pertanian di negara ini, bersesuaian dengan status universiti penyelidikan akan sentiasa memperkukuhkan usaha bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika menyampaikan sembah ucapan di UPM, Serdang dekat sini hari ini.

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pemberian anugerah itu kepada semua penerima.

Yang turut hadir Pro- Canselor UPM, Prof. Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim; Pro-Canselor UPM, Tan Sri Lim Ah Lek dan Pengerusi Lembaga Pengaran Universiti, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini