Suarez pembaziran terbesar Arsenal - Utusan Malaysia

Suarez pembaziran terbesar Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 April – Denis Suarez mengesahkan, dia terlepas baki saingan Arsenal musim ini selepas hanya 95 minit beraksi buat kelab London itu.

Pemain berusia 25 tahun itu yang dipinjamkan dari Barcelona pada Januari lalu memendekkan tempoh pinjamannya di Emirates ekoran masalah pangkal paha.

Suarez dianggap pembaziran terbesar dilakukan oleh Arsenal kerana gagal memainkan sebarang peranan selepas kelab itu berbelanja 3.2 juta pound (RM17.13 juta) untuk membayar gajinya, 55,000 pound (RM294,000) seminggu serta yuran perpindahan 2.5 juta pound (RM13.38 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Suarez yang hanya sempat beraksi selama 67 minit dalam kancah Liga Perdana Inggeris mengumumkan berita tersebut menerusi satu kenyataan penuh emosi dalam Twitter.

“Bergelut dengan masalah pangkal paha membuatkan keadaan amat sukar sejak perlawanan menentang BATE dalam Liga Europa pada Februari lalu, dan sekarang ia menyebabkan saya terpaksa berhenti daripada menjalani latihan.

“Selepas mendapatkan beberapa pandangan perubatan, kesimpulan yang saya capai, saya tidak boleh terus memaksa diri kerana rawatan yang saya lakukan tidak boleh berjalan baik jika saya tetap bermain secara kompetitif.

“Saya minta maaf kerana semua usaha dan pengorbanan yang dilakukan untuk datang ke Arsenal tidak membuahkan hasil, dan anda tidak boleh bayangkan betapa marah serta kecewanya saya ketika ini, namun kesihatan harus diutamakan,” tulis Suarez.

Pengurus Arsenal, Unai Emery membawa masuk bintang tengah Sepanyol itu dengan harapan dia dapat memperkuatkan cabaran pasukan bagi mencari tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Bagaimanapun ketika Liga Perdana kini berbaki dua perlawanan untuk ditamatkan, Arsenal berada di tempat kelima, dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini