PM adakan perjumpaan bersama lebih 1,000 pegawai tinggi kerajaan - Utusan Malaysia

PM adakan perjumpaan bersama lebih 1,000 pegawai tinggi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 April – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dengan lebih 1,000 pegawai tinggi kerajaan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan dan negeri.

Pertemuan yang berlangsung di Dewan De Seri Endon, Puspanitari dekat sini memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan terbabit berinteraksi dan mendengar aspirasi Perdana Menteri dalam membangunkan Malaysia Baharu.

Ia juga bagi memastikan perjalanan jentera kerajaan berada pada landasan yang sebenar berlandaskan prinsip Good Governance dan Rule of Law.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri turut menyampaikan ucaptama dan mengadakan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai terbabit yang diadakan secara tertutup.

Turut hadir ke majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bertemakan Perkhidmatan Awam Berintegriti Aspirasi Negara, program itu bertujuan menjelaskan halatuju baharu dan matlamat kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan awam yang berteraskan nilai, kualiti, amanah dan bebas rasuah.

Program itu juga jelasnya, untuk pegawai-pegawai kerajaan memahami dan menghayati kehendak stakeholders (pemegang taruh) agar dapat memberikan perkhidmatan yang profesional, terbaik dan berkesan kepada rakyat.

“Program juga bertujuan memupuk semangat patriotisme, taat setia dan berkecuali (loyal and neutral) dalam memainkan peranan sebagai pengantara kerajaan dan rakyat.

“Selaian itu, ia juga bertujuan membentuk sikap bertanggungjawab sebagai bakal pemimpin yang mempunyai ‘political acumen’ iaitu objektif, berani, tepat dan cepat bertindak dalam membuat keputusan,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas JPA, majlis perjumpaan itu yang dianjurkan pihaknya merupakan siri pertama diadakan pada tahun ini.

Siri kedua majlis berkenaan dijangka diadakan pada Jun depan melibatkan pegawai-pegawai kerajaan daripada Gred 41 hingga 48. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini