Pesara rugi RM25,000 ditipu ejen umrah - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM25,000 ditipu ejen umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pesara kerajaan berusia 63 tahun di sini kerugian RM25,600 selepas ditipu ejen umrah pada 20 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa terlebih dahulu ditawarkan kursus muwatif atau pembimbing umrah menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirim suspek baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, lelaki itu bersetuju mengikuti kursus tersebut sebelum mendaftar pakej umrah bersama tiga ahli keluarganya dengan bayaran kos RM4,900 seorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas bayaran dibuat, mangsa dijanjikan penerbangan ke Arab Saudi pada 20 April baru-baru ini dan tarikh pulang ke Malaysia pada 30 April (hari ini),” katanya menerusi kenyataan kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, pada 20 April lalu suspek memaklumkan tarikh penerbangan ditunda kepada 25 April, sekali gus menyebabkan mangsa berasa was-was.

“Mangsa berasa tertipu dan seterusnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam,” ujarnya.

Mohd. Wazir menambah, polis mengesyaki suspek menawarkan pakej umrah yang tidak wujud dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini