Saifuddin ketuai delegasi ke Mesyuarat Menteri ACD - Utusan Malaysia

Saifuddin ketuai delegasi ke Mesyuarat Menteri ACD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 April – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Dialog Kerjasama Asia (ACD) Ke-16 yang berlangsung di Doha, Qatar bermula esok.

Menurut Wisma Putra, lawatan beliau turut disertai para pegawai Kementerian Luar.

“Dengan tema “Partners for Progress”, para menteri dan delegasi akan membincangkan isu-isu serantau dan juga langkah yang dapat dilakukan untuk memperkuat platform ACD serta kerjasama negara anggota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat Menteri ACD ke-16 dijangka melaksanakan Deklarasi Doha yang menggariskan komitmen negara anggota untuk kerjasama yang lebih erat serta aspirasi mewujudkan Komuniti Asia menjelang tahun 2030,” jelasnya dalam satu kenyataan itu di sini hari ini.

Ujar Wisma Putra, sebagai penggerak utama bidang pendidikan dan pembangunan sumber manusia, Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran program ACD-Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) oleh Asia-e University (AeU) dalam mesyurat itu nanti.

“Mesyuarat itu juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) mengenai ACD-MBA antara AeU dan enam universiti lain dari negara anggota,” jelasnya.

Di samping menghadiri ACD ke-16, Saifuddin juga akan mengadakan lawatan rasmi ke Qatar sehingga 2 Mei ini.

Lawatan itu jelasnya, akan memberi peluang kepada Menteri Luar untuk membincangkan perkara kepentingan umum mengenai kerjasama dua hala, isu serantau dan antarabangsa semasa siri pertemuan dengan pemimpin Qatar.

“Program rasmi lain termasuklah lawatan ke Al-Jazeera Media Network selain beliau dijadualkan bertemu diaspora Malaysia di Qatar,” jelas Wisma Putra lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini