VAT69 'serang' Pulau Perhentian - Utusan Malaysia

VAT69 ‘serang’ Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pulau Perhentian 30 April – Kehadiran lebih 45 anggota 69 Komando di pulau ini di sini sejak lebih dua minggu menggempar penduduk dan pelancong apabila menjangkakan satu operasi besar-besaran diadakan oleh PDRM.


Lebih menggemparkan apabila melibat kelibat bot-bot tempur 69 Komando.

Memuatkan artikel berkaitan…

 

 

Pada masa sama, penduduk dan pelancong merasakan kehadiran 69 Komando itu menjamin keselamatan mereka dan pulau tersebut serta kawasan sekitar ada selamat. 

ANGGOTA VAT69
 

Kehadiran anggota-anggota komando adalah dalam Kursus Asas Selam Taktikal 69 Komando Siri 1/2019.


Kursus kira-kira sebulan itu dipantau sendiri oleh Komander 69, Komando Senior Asisten Komisioner Abdul Razak Mohd. Yusoff serta dibantu Asisten Superintenden Para Shahar Omar.


VAT69
 

Latihan 69 Komando atau VAT69 itu meliputi terjunan dari helikopter ke dalam air atau helocasting dan melompat bot yang sedang bergerak laju(boat-casting). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini