Pesara rugi RM25,600 ditipu pakej umrah - Utusan Malaysia

Pesara rugi RM25,600 ditipu pakej umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 30 April – Hasrat seorang pesara menunaikan umrah terkubur selepas kerugian RM25,600 ditipu sindiket pakej umrah palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa yang berusia 63 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada seorang individu berhubung satu program iaitu kursus pembimbing umrah dikendalikan sebuah syarikat.

Beliau berkata, pesara berkenaan menyertai dua peringkat kursus tersebut sehingga ditawarkan pakej umrah oleh syarikat itu dengan harga RM4,900 seorang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa berminat menyertai bersama keluarga dan tarikh pergi adalah pada 20 April lalu sehingga hari ini. Mangsa membuat lapan kali pembayaran termasuk untuk menyambung selama sebulan berada di Mekah.

“Keseluruhan pembayaran adalah sebanyak RM25,600 dan wang dimasukkan ke dalam akaun Maybank syarikat itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, pada 20 April lalu, mangsa dimaklumkan penerbangan ditunda pada 25 April lalu dan pada tarikh tersebut tiada penerbangan untuk pengadu serta keluarga.

“Mangsa tidak berpuas hati dan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini