Pegawai khas bekas menteri direman tiga hari - Utusan Malaysia

Pegawai khas bekas menteri direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pegawai khas kepada seorang bekas menteri direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengatur projek-projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memboleh siasatan lanjut dilakukan.

Terdahulu, lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini dengan memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi beberapa orang pegawai suruhanjaya itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! Online semalam melaporkan, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari sewaktu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini semalam.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, lelaki itu dipercayai telah menerima wang rasuah  daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian dan pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta pada 2017.

Jelasnya, SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan individu itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini