Pemandu bas ekspres maut, enam penumpang cedera - Utusan Malaysia

Pemandu bas ekspres maut, enam penumpang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR 30 April – Seorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler muatan besi di Kilometer 231.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.05 pagi itu, lelaki terbabit maut di tempat kejadian manakala enam penumpang iaitu empat orang dewasa dan dua kanak-kanak yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kemalangan berlaku selepas treler dari arah selatan menghala ke utara itu mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan disebabkan sebuah kenderaan telah berhenti di bahu jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebaik sahaja kenderaan berat itu berada di lorong kanan jalan, bas dari arah belakang dengan laju telah merempuh treler berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, pemandu bas meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam penumpang bas tercedera dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini