Bayern sia-siakan peluang - Utusan Malaysia

Bayern sia-siakan peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUREMBERG, Jerman – Bayern Munich mensia-siakan peluang untuk melebarkan penguasaan sebagai pendahulu Bundesliga selepas diikat pasukan dalam zon penyingkiran, Nuremberg 1-1 di Stadium Max-Morlock awal pagi semalam.

Keputusan itu kembali menghidupkan peluang pencabar utama Bayern di tempat kedua, Borussia Dortmund dalam perebutan gela­ran Bundesliga musim ini yang berbaki tiga perlawanan sahaja lagi.

Ketua jurulatih Bayern, Niko Kovac menyifatkan kegagalan itu disebabkan faktor kepenatan yang masih dirasai anak-anak buahnya selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Werder Bremen pada aksi separuh akhir Piala DFB-Pokal minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nuremberg bermain dengan baik dan sentiasa berusaha mendapatkan bola. Ia memberikan kesukaran kepada kami dari mula permainan hingga tamat perlawanan.

“Saya akui kecewa kera­na gagal mencatat kemenangan untuk me­lebarkan penguasaan de­ngan kelebihan empat mata sebagai pendahulu liga.

“Bagaimanapun, ia sudah berlaku dan kami tiada pilihan, selain cuba mengutip mata penuh dalam baki setiap tiga perlawanan selepas ini,” katanya.

Nuremberg yang menduduki tangga kedua tercorot liga, membuka tirai jaringan menerusi Matheus Pereira pada minit ke-48 sebelum Bayern bangkit mengikat kedudukan 1-1 melalui Serge Gnabry (m-75).

Tugas sukar Bayern bermula selepas aksi menentang Hannover pada 4 Mei kerana dijadualkan menentang dua lawan mencabar iaitu pasukan tempat ketiga, RB Leipzig dan Eintracht Frankfurt di tangga keempat pada dua perlawanan terakhir. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini