Pegawai Khas Setiausaha Politik MB Perak meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pegawai Khas Setiausaha Politik MB Perak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 30 April – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar, Mohd. Helmi Ai’nordin, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.

IPOH 30 April – Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd. Helmi Ai’nordin, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah Mohd. Helmi akan dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan di  Kuala Kangsar. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Allahyarham Mohd. Helmi ialah Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar.

“Sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat allahyarham dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya, merahmatinya dan dikumpulkannya bersama mereka yang beriman serta beramal soleh,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini