TOKYO 29 April – Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan berhubung penemuan dua pisau di meja tulis milik cucu Maharaja Akihito iaitu Putera Hisahito dalam kelasnya, Jumaat lalu.
AFP yang memetik laporan NHK, lelaki yang dikenali sebagai Kaoru Hasegawa itu ditahan selepas rakaman keselamatan litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej seakan-akan dirinya menceroboh kawasan sekolah terbabit.
Jurucakap polis memberitahu, pihaknya sedang menyoal siasat lelaki terbabit bagaimanapun Televisyen Nippon melaporkan, lelaki itu mengaku melakukannya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Polis bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Hisahito, 12, yang mula menghadiri sekolah berkenaan bulan ini, tiada dalam kelas ketika pisau itu dijumpai. -AFP











