Wanita terkejut anjing disahkan khunsa - Utusan Malaysia

Wanita terkejut anjing disahkan khunsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang pemilik anjing baka bull terrier, Nikki Daniels, 22, yang tinggal Staffordshire, England baru-baru ini terkejut apabila dimaklumkan haiwan peliharaannya memiliki organ jantan dan betina.

Keadaan tersebut disifatkan sebagai sangat jarang berlaku dengan anjing yang dinamakan Dolly berusia empat bulan itu didapati memiliki zakar, rahim, dua ovari dan dua testis.

Menurut Daniels, dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Dolly adalah seekor anjing khunsa, namun berharap haiwan tersebut dapat meneruskan hidupnya secara normal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dimaklumkan oleh doktor haiwan bahawa Dolly tidak dibenarkan membiak. Itu tidak membimbangkan kerana saya cuma mahu Dolly sihat.

“Dolly berhadapan dengan keadaan ini pada usianya yang muda. Dolly sebenarnya sangat menawan hati sama seperti anak anjing lain,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini