Rumah dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Rumah dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April- Sebuah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dihempap pokok dalam kejadian di Batu 15, Jalan Kenanga, Bukit Kundang dekat sini petang tadi.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika hujan dan angin kuat melanda di kawasan berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan sebuah rumah mengalami kerosakan berskala kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, tiada penempatan dibuka setakat ini dan kita akan terus memantau dan membuat tindakan susulan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini