Johan qariah antarabangsa diraikan - Utusan Malaysia

Johan qariah antarabangsa diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 29 April – Johan qariah al-Quran Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61, Nur Farhatul Fairuzah Panut, 19, diraikan dalam majlis kesyukuran sempena kejayaan beliau dalam pertandingan itu malam ini.

Majlis itu yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di sini dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; isteri beliau, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Ismail Ahmad dan Pengetua Cemerlang SMAP Labu, Dr. Abd. Jalil Ahmad.

Nur Farhatul Fairuzah yang juga pelajar tingkatan enam sekolah berkenaan muncul juara pertandingan itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau sebelum itu meraih juara qariah dalam tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di sini pada 22 Mac lalu.

Pada majlis malam ini, Nur Farhatul Fairuzah yang ditemani ibunya, Jaliah Simin, 63, menerima RM10,000 sumbangan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dan beberapa hadiah sampingan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini