Hoki: Malaysia diaib kekalahan memalukan - Utusan Malaysia

Hoki: Malaysia diaib kekalahan memalukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Maruah Malaysia tercalar selepas kalah mengejut kepada Itali 2-4 pada aksi terakhir Kumpulan B Final Siri Hoki Dunia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

ekalahan kepada pasukan ranking terendah kejohanan itu menyaksikan Malaysia gagal merebut slot automatik ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.

Itali, ranking No. 32 dunia, sebaliknya berjaya memegang status selaku juara Kumpulan B dengan tiga kemenangan berturut-turut, 2-1 ke atas China, 3-0 dengan Brazil dan 4-2 terhadap Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat gol Itali diperoleh menerusi dua jaringan Agustin Nunez dan masing-masing satu daripada Thomas Keenan serta Francois Soir.

Malaysia yang merupakan antara pasukan pilihan kejohanan dengan status sebagai penghuni ranking ke-13 dunia, sekadar menjaringkan dua gol melalui Faizal Saari dan Muhammad Razie Abd. Rahim.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terpaksa bermain pusingan playoff pada Rabu ini dengan menentang pasukan tempat ketiga Kumpulan A, Wales dalam usaha mencari slot ke separuh akhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini