Cadangan kereta api Narathiwat-Kelantan - Utusan Malaysia

Cadangan kereta api Narathiwat-Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT 29 April – Dewan Perniagaan Narathiwat mencadangkan kerajaan Thailand dan Malaysia mewujudkan semula laluan kereta api Narathiwat-Kelantan untuk memperkukuh kerjasama perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.

Presidennya, Kitti Wangthammang berkata, perkhidmatan kereta api di sempadan Thailand dan Malaysia berpotensi untuk meningkatkan aktiviti ekonomi rentas sempadan.

“Selain itu, ia dapat meningkatkan aktiviti pelancongan khususnya di bandar-bandar sempadan di kedua-dua negara,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga mencadangkan agar satu laluan kereta api baharu iaitu dari Pattani, selatan Thailand ke Kuala Lumpur, Malaysia diwujudkan untuk membangunkan hubungan dan perdagangan yang lebih luas.

Sementara itu, Pengarah Stesen Kereta Api Sungai Kolok, Alawee Umar mengalu-alukan cadangan Dewan Perniagaan Narathiwat untuk mewujudkan semula laluan kereta api yang terputus hampir 20 tahun.

Beliau berkata, perkhidmatan kereta api akan memudahkan pergerakan penduduk setempat dan juga kargo selain mengalakkan pertumbuhan ekonomi.

“Stesen kereta api di Sungai Kolok siap sedia untuk mewujudkan semula laluan kereta api Narathiwat-Kelantan dan kerja-kerja baik pulih landasan juga dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk di Kampung Pengkalan Datu Seren, Kota Bharu, Tenku Mat Tenku Cik, 73, menyambut baik cadangan untuk membuka semula laluan kereta api Sungai Kolok-Tumpat-Pasir Mas-Tumpat kerana dapat memudahkan pergerakan penduduk.

“Ia adalah satu cadangan yang bagus kerana perkhidmatan kereta api sudah lama terputus.

“Perkhidmatan kereta api secara tidak langsung akan menjadi satu tarikan baru untuk pelancong yang menaikinya untuk menikmati keindahan dan keunikan sepanjang perjalanan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini