Hamilton gesa Ferrari perbaiki prestasi jentera - Utusan Malaysia

Hamilton gesa Ferrari perbaiki prestasi jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU 29 April – Lewis Hamilton memberi amaran kepada Ferrari agar segera memperbaiki prestasi dan menjadi pencabar gelaran lebih serius selepas pasukannya Mercedes mencatat kemenangan satu, dua dalam empat perlumbaan pertama, musim ini.

Juara dunia lima kali itu, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada Grand Prix Formula 1 (F1) Azerbaijan, semalam berkata, pasukan Itali itu perlu bekerja keras untuk terus memberikan cabaran bagi menghalang Mercedes terus mendominasi aksi musim ini pada Grand Prix Sepanyol, bulan depan.

“Selagi mereka gagal mendapatkan prestasi di mana tahap kami berada, selagi itulah keputusan seperti ini akan berlaku. Kami sama sekali tidak menjangkakan untuk berdepan tahap persembahan seperti ini, tetapi saya gembira kami berjaya…saya rasa pasukan mempamerkan prestasi yang baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka perlu bangkit jika berhajat untuk bersaing dengan kami,” kata Hamilton, yang kini keciciran satu mata di belakang pendahulu kejuaraan dunia, Bottas.

Pemandu Ferrari yang merupakan juara dunia empat kali, Sebastian Vettel menamatkan aksi di kedudukan ketiga dan rakan sepasukannya, Charles Leclerc di tempat kelima.

“Dia betul. Kami memang perlu perbaiki prestasi. Kelajuan jentera perlu ditingkatkan. Ia semudah itu. Ia seperti menyelesaikan kiub Rubik di mana anda perlu memiliki segala-galanya untuk mendapatkan apa yang diingini.

“Kami mempunyai jentera yang bagus, tetapi kami gagal memanfaatkan kelebihan itu bagi mendapatkan keputusan yang sepatutnya kami catat,” kata Vettel yang masih belum merasai kemenangan sejak Grand Prix Belgium, tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini