ADAMAS tingkat kesedaran peminat, pemain hoki - Utusan Malaysia

ADAMAS tingkat kesedaran peminat, pemain hoki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – Persaingan sengit di padang tidak menghalang para pemain serta peminat hoki mencuri masa bagi memupuk kesedaran terhadap anti-doping dengan meninjau kisok yang disediakan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada Kejohanan Hoki Siri Final FIH di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Kiosk itu yang disediakan dengan kerjasama Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) dan Konfederasi Hoki Malaysia adalah bagi memberi kesedaran terhadap isu berkaitan anti-doping serta kesalahan yang dilakukan.

“Pada dasarnya matlamat kami adalah untuk mendidik atlet mengenai tujuan anti-doping dan kesan negatif mengambil bahan-bahan yang dilarang untuk kesihatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesedaran adalah sangat penting kerana jika tidak mereka mungkin mengambil ubat-ubatan, makanan tambahan dan sebagainya tanpa mengetahui tentang bahaya perbuatan itu.

“Sehingga kini lebih 150 orang, kebanyakannya pemain telah melawat kisok kami. Mereka mengambil bahagian dalam kuiz di mana 95 ke 98 peratus menjawab tujuh dan lebih (daripada 10 soalan) dengan betul yang bermakna pengetahuan mereka mengenai isu ini adalah baik,” ketua kumpulan bagi pendidikan ADAMAS Mohd. Reza Abd. Rashid memberitahu Bernama.

Kiosk itu sebelum ini ditempatkan di Hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan yang merupakan hotel penginapan rasmi bagi kejohanan itu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini