Tak perlu ambil serius gurauan TMJ - Utusan Malaysia

Tak perlu ambil serius gurauan TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 April – Barisan pemimpin Pakatan Harapan (PH) seharusnya tidak mengambil serius gurauan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada penyokong bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu “lebih baik menukar Perdana Menteri daripada menukar jurulatih JDT, Benjamin Mora”.

Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, gurauan itu antara TMJ dengan penyokong JDT secara spontan, bukan dibuat atas pentas rasmi yang perlu diambil serius.

“Situasi sama apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar berkata bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian menghadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Mohamad. Kenyataan itu dilihat sebagai satu bentuk gurauan. Apa masalahnya?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia berbeza dengan kenyataan Dr. Mahathir dahulu kerana dibuat atas pentas rasmi, dalam sidang akhbar. Sedangkan TMJ hanya sekadar sepintas lalu, dari dalam kereta dan di atas jalan raya. Jadi, tidak perlulah barisan pemimpin PH ambil serius atau hendak dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video Tunku Ismail mengeluarkan kenyataan daripada tukar Mora baik tukar Perdana Menteri menjadi tular dLam laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin-pemimpin PH. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini