Pemilik syarikat, pengurus projek ditahan rasuah bina gudang - Utusan Malaysia

Pemilik syarikat, pengurus projek ditahan rasuah bina gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Dua individu termasuk seorang pemilik sebuah syarikat ditahan hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan projek pembinaan gudang bernilai RM180,000.

Sumber memaklumkan, kedua-dua suspek berusia 40 dan 44 tahun itu ditahan pada pukul 5.20 petang selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. 

Kata sumber itu, siasatan awal mendapati disyaki bekas pengurus projek telah menerima suapan daripada pemilik syarikat sebagai balasan mengesahkan kerja-kerja tidak menepati spesifikasi berhubung sebuah projek pembinaan gudang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Klang pagi esok untuk mendapatkan perintah reman. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini