Tidak timbul isu aset TH diurus bukan Islam - Utusan Malaysia

Tidak timbul isu aset TH diurus bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Soal aset Tabung Haji (TH) diuruskan oleh ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak timbul kerana aset TH berkenaan dipindahkan kepada syarikat tujuan khas SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd diketuai Izad Shahadi Mohd. Sallehuddin yang dilantik sebagai CEO pada 2 April lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menjelaskan, bahawa penubuhan SPV yang dimiliki oleh kerajaan dikenali sebagai UJSB itu bertujuan membantu mengambil  alih aset-aset Lembaga Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti TH.

“Pelantikan ini (Izad Shahadi) sebagai langkah pembentukan pasukan pengurusan di UJSB bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan aset-aset yang dipindahkan TH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji,” katanya  ketika menjawab soalan Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin.

Fuziah berkata, dokumen yang digunakan untuk mengambil alih aset-aset ini adalah melalui Perjanjian Pemindahan Aset  dan bukan melalui Perjanjian Jual Beli.

Timbalan Menteri itu berkata, kerajaan perlu mengambil alih aset-aset tersebut pada harga premium bagi menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti TH. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini