MANCHESTER 28 April – Pep Guardiola menegaskan pemainnya sudah pun menjalankan tugas dengan baik sepanjang musim ini walaupun sama ada mereka berjaya menjadi pasukan
pertama mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali eprtama dalam 10 tahun atau sebaliknya.
Perebutan kejuaraan EPL semakin sengit di antara penyandang juara, City dan Liverpool.
Bagaimanapun, bos City berkata dia percaya City sudah melakukan yang terbaik sepanjang 12 bulan lalu apabila mereka memecahkan rekod dengan mengumpul 100 mata untuk
bergelar juara liga musim lalu.
Kejayaan tersebut pastinya menjadi menarik jika City mampu mempertahankannya namun Guardiola memberitahu anak-anak buahnya telah melakukan tugas dengan baik dengan
kejayaan memenangi Piala Liga pada Februari lalu.
Kemenangan ke atas Burnley hari ini membolehkan City kembali mengatasi Liverpool kelebihan satu mata dengan baki perlawanan dua sahaja lagi.
“Kenapa saya patut menilai apa yang telah kami lakukan jika sebelum ini, contoh, apa berlaku dalam Liga Juara-Juara?
“Kami akan dinilai jika kami memenangi trofi atau sebaliknya? Pemain dan saya bercakap mengenai perkara ini banyak kali – untuk anda, tugas sudah selesai.
“Bagi saya, peminat, sudah selesai. Anda mempunyai musim yang menakjubkan. Bagaimanapun, sudah tentu kami mahu memenanginya (EPL). Kami bukan bermaksud ‘cukup, pengurus
memberitahu kami bahawa kami telah melakukan tugas dengan dan kami dan kami tidak mahu memenanginya’.
“Tidak. Bukan macam itu. Kami tetap mahukan kejuaraan EPL. Mungkin lebih daripada musim lalu, melakukan sesuatu yang unik untuk kelab. Kami mahu melakukannya.
“Bagaimanapun, saya tidak akan menilai pemain. Saya tidak akan memberitahu mereka sebab mungkin Burnley lebih baik berbanding kami. Mungkin kami bermain dengan teruk dalam satu daripada tiga perlawanan. Ia berlaku. Anda perlu elak daripada melakukannya,” katanya. – AFP











