Melaka terlepas kemenangan - Utusan Malaysia

Melaka terlepas kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Harapan Melaka United untuk meneruskan rentak kemenangan terbantut selepas diikat 1-1 oleh Felda United dalam aksi Liga Super, malam ini.

Melaka melangkah ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bersama keyakinan tinggi selepas menumpaskan Kedah 1-0 minggu lalu.

Selepas mengatur serangan bertali arus, anak-anak buah Zainal Abidin Hassan akhirnya meraih gol pembukaan menerusi Patrick Reichelt pada minit ke-14.

Memuatkan artikel berkaitan…

Darko Markovic hampir meletakkan pelawat selesa di depan pada minit ke-27, namun rembatannya singgah di palang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, Felda United menggandakan asakan namun nasib belum menyebelahi mereka apabila tandukan Abdul Azim Rahim pada minit ke-56 ditepis keluar oleh penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Tindakan pemain pertahanan pelawat mengasari Chanturu membawa padah apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-61 dan Kei Ikeda dengan mudah menewaskan Khairul Fahmi untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Keputusan seri menyaksikan Melaka kekal di tangga kelima dengan 15 mata manakala Felda menghuni kedudukan kedua tercorot.

“Kita ada dua…tiga peluang yang baik tetap gagal disempurnakan oleh pemain,” kata Zainal sejurus tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini