Kedah kempunan tiga mata - Utusan Malaysia

Kedah kempunan tiga mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Kebangkitan yang cuba dilakukan Kedah di Alor Setar malam ini tidak menjadi selepas skuad Lang Merah sekadar seri 1-1 dengan Selangor dalam aksi Liga Super.

Malah, Kedah yang masih dibayangi kekalahan 0-1 kepada Melaka United dikejutkan terlebih dulu oleh gol pembukaan pasukan pelawat menerusi Sandro da Silva seawal minit ke-18.

Sandro Da Silva yang mendapat hantaran ke belakang daripada Azreen Zulkafali melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syahmi Safari hampir menambah gol kedua Selangor selepas mendapat hantaran Sean Selvaraj pada minit ke-22 namun percubaannya gagal membuahkan hasil apabila tersasar ke sebelah kanan gawang Kedah.

Lima minit sebelum tamat babak pertama, Kedah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten, Baddrol Bakhtiar hasil tandukan

yang gagal diselamatkan Farizal Harun.

Keputusan seri menyaksikan Red Giants kekal di tangga ketiga liga dengan 18 mata, satu mata di depan Kedah yang menduduki tempat keempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini