City tanpa Fernandinho, De Bruyne - Utusan Malaysia

City tanpa Fernandinho, De Bruyne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 April – Pep Guardiola mengesahkan bahawa Fernandinho sedang menjalani proses pemulihan kecederaan lutut dan berkemungkinan tidak akan beraksi ketika menentang Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris, minggu ini.

Pemain Brazil itu akan menjalani ujian selepas dilihat keluar dalam keadaan terhincut-hincut semasa Manchester City menang 2-0 ke atas Manchester United.

City bagaimanapun tidak mendedahkan tahap kecederaan yang dialami pemain itu tetapi memberikan masa kepada pemain berusia 33 tahun itu untuk meingkatkan kecergasannya sebelum bertandang ke Turf Moor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan lihat esok. Dia ada masalah dengan lutut tetapi kita tengok dahulu keadaannya sama ada dia boleh bermain atau tidak.

“Kevin De Bruyne tidak cergas. Dia bagaimanapun semakin baik dan secara klinikal dia semakin baik tetapi belum bersedia untuk beraksi,” kata Guardiola.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini