Suspek keenam penipuan pekerjaan di Kemboja ditahan - Utusan Malaysia

Suspek keenam penipuan pekerjaan di Kemboja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Polis menahan seorang lelaki yang merupakan suspek keenam bagi membantu siasatan kes penipuan pekerjaan di Kemboja, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak, semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan suspek diberkas pada pukul 12.20 tengah hari selepas pesawat dinaikinya dari Pontianak, Indonesia mendarat pada pukul 11.45 pagi.

“Suspek yang berasal dari Kampung Salak itu dipercayai baru pulang dari melancong di Turki, Jakarta dan Pontianak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek akan direman dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut laporan itu, Mustafa Kamal turut menjelaskan empat suspek lain yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Keputusan mereka (untuk didakwa di mahkamah atau sebaliknya) akan diketahui selepas siasatan terhadap tangkapan terbaharu ini selesai,” ujarnya.

Mustafa berkata, antara enam yang dikehendaki polis iaitu Chang Ying Shiong, 24, telah didakwa di mahkamah pada 13 Mac lalu.

Terdahulu, media melaporkan kes penipuan pekerjaan yang mengakibatkan sebanyak 47 rakyat Malaysia ditahan di Penjara Banteay Meanchey pada 11 Disember lalu kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian.

Seramai 40 orang merupakan anak Sarawak, manakala bakinya dari Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Mereka dibebaskan menerusi rundingan antara kerajaan Malaysia dan Kemboja. Kesemua mangsa dibawa balik ke Malaysia pada 17 Februari lalu, selepas ditahan 65 hari di penjara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini