Suami isteri maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Suami isteri maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 427.1, Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa Mohd. Adly Ahmad dan Intan Safinaz Mohd. Haris yang masing-masing berusia 43 tahun maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Saga FL yang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tidak sempat mengelak sebelum melanggar motosikal dinaiki kedua mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas sendiri di lorong tengah.

“Akibat perlanggaran ini, kereta Proton Saga terlibat terbabas ke longkang sebelah kiri jalan.

“Namun, kesemua mangsa yang berada dalam kereta tersebut hanya mengalami kecederaan dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Bak Phai, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini