Kadar zakat Fitrah Selangor kekal RM7 - Utusan Malaysia

Kadar zakat Fitrah Selangor kekal RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kadar Zakat Fitrah yang ditetapkan untuk umat Islam di negeri Selangor pada tahun ini kekal RM7 seorang sama seperti tahun sebelumnya.

Ketua Penyelaras Lembaga Zakat Selangor, Abdul Basith Hamid berkata, penentuan kadar zakat fitrah ini adalah berdasarkan kepada harga semasa bagi beras Super Tempatan Gred A seberat satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.60 kilogram (kg).

“Namun begitu bagi golongan yang berkemampuan, boleh memilih untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan bagi diri dan tanggungan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kadar zakat fitrah tersebut adalah sebanyak RM14.00 seorang bagi beras yang bernilai RM13.00 hingga RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg) dan RM21.00 seorang bagi beras yang bernilai melebihi RM44.00 (untuk harga beras seberat 5kg), “katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Basith menegaskan seramai 2,754 penolong amil fitrah telah dilantik bagi memudahkan masyarakat sepanjang Ramadan ini.

Jelas beliau, pembayaran zakat fitrah turut boleh disempurnakan melalui 14 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 15 Penolong Amil Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di seluruh Selangor. 

“Kita turut membuka 27 buah cawangan LZS di seluruh negeri setiap hari termasuk cuti umum bagi memudahkan masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka.

“Cawangan LZS akan dibuka bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dibuka bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini