Penganggur dihukum gantung bunuh anak kekasih - Utusan Malaysia

Penganggur dihukum gantung bunuh anak kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 April – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang pengganggur selepas didapati bersalah membunuh anak kekasihnya yang bertugas di Jabatan Imigresen tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan hukuman tersebut kepada Aizat Abdullah Othman, 25, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Hannah Sufiyah Muhammad Adib berusia setahun tujuh bulan meninggal dunia selepas mengalami pendarahan di kepala dan beberapa kesan dera di badan akibat dihempas ke lantai di rumah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh diberkas polis sebaik sahaja bedah siasat selesai dilakukan manakala ibu mangsa yang bertugas di Jabatan Imigresen pula ditahan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor ketika cuba membawa jenazah kanak-kanak itu untuk dikebumikan di kampungnya di Alor Setar, Kedah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini