Penganggur didakwa simbah cat di masjid - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa simbah cat di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 26 April – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimbah cat di pintu sebuah masjid di daerah ini, minggu lalu.

Azrin Ali, 39, membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera, Jalan Tengkera di sini kira-kira pukul 5.50 pagi pada 19 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru di Johor untuk pemeriksaan kesihatan mental. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini