Burnley bukan tiga mata mudah City - Klopp - Utusan Malaysia

Burnley bukan tiga mata mudah City – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 April – Di atas kertas, kelebihan nyata berpihak kepada Manchester City apabila dijadual bertemu Burnley dalam aksi liga bagaimanapun Jurgen Klopp meramalkan anak-anak buah Pep Guardiola bakal menerima tentangan sengit.

Bos Liverpool itu berkata, mungkin ramai pihak menyifatkan City memperoleh tiga mata mudah bagaimanapun berdasarkan prestasi semasa Burnley, kejutan boleh berlaku.

“Adakah Burnley tempat yang ingin saya pergi sekarang untuk perlawanan Liverpool yang seterusnya? Tidak. Jujurnya tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sana bukan tempat di mana anda fikir;’Oh bagus! Kami akan pergi ke Burnley. Tiga mata mudah!’Burnley lawan yang sukar memandangkan ketika ini mereka berada di momentum terbaik malah melakar kemenangan bergaya. Ketika ini, mereka mempunyai 40 mata,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini