Mayat kedua pelajar tahfiz ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat kedua pelajar tahfiz ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 26 April – Mangsa lemas kedua pelajar tahfiz Assidiq Ghufran yang dibawa arus ketika mandi di Sungai Kampung Haji Shari, Simpang Renggam, dekat sini semalam sudah ditemukan pihak bomba pada pagi ini.

Mayat Muhammad Amar Mazeni, 13, ditemukan pada jarak 2 kilometer dari tempat lemas di Sungai Berumbong berdekatan sekolah agama pukul 5.20 pagi.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapa mangsa untuk dikebumikan di Kampung Isnin Maarof pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, mangsa pertama, Mohd. Danish Mirzan, 16, ditemukan pukul 6.10 petang semalam oleh pihak bomba yang menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam, lapan pelajar tahfiz berusia antara 13 hingga 18 tahun mandi di sungai tersebut selepas pihak pengurusan tahfiz tempat mereka belajar membenarkan masing-masing pulang ke rumah.

Bagaimanapun Mohd. Danish Mirzan dan Muhammad Amar Mazeni dipercayai dibawa arus deras kerana keadaan sungai itu yang baru hujan semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini