Pangku jenazah atas jambatan - Utusan Malaysia

Pangku jenazah atas jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Suasana pilu berlaku di atas Jambatan Pulau Pinang di sini semalam selepas seorang lelaki dilihat memangku jenazah isterinya yang maut akibat kemalangan melibatkan tiga buah motosikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Junaidah Abdul Rani, 43, di­sahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak di atas jalan setelah motosikal ditunggang suaminya, Abd. Samat Azizan, 55, bergesel dengan dua motosikal lain.

Sebaik kejadian berlaku, Abd. Samat yang hanya mengalami kecederaan ringan dilihat te­rus merangkul dan memangku jenazah isterinya selama kira-kira 30 minit sementara me­nunggu bantuan kecemasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suasana hiba itu turut menjadi perhatian para pengguna jalan raya yang bersama-sama memberi semangat kepada Abd. Samat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini