Pendekatan menakut-nakutkan punca masjid kurang diimarahkan - Utusan Malaysia

Pendekatan menakut-nakutkan punca masjid kurang diimarahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Pentadbir masjid tidak diberikan garis panduan yang jelas daripada pihak berkuasa agama berkaitan penganjuran sesuatu program menjadi antara cabaran dalam mengimarahkan masjid-masjid di negeri ini.

Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman berkata, sebagai contoh terdapat ceramah agama yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana penceramah tidak diluluskan permitnya tanpa dikemukakan alasan yang menusabah.

“Pendekatan menakut-nakutkan dilakukan oleh pihak berautoriti agama terhadap jawatankuasa masjid yang ingin melaksanakan sesuatu program dengan ugutan akan diambil tindakan udang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini menjadikan sebahagian besar ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil pendekatan pasif untuk tidak menganjurkan program secara aktif bagi mengurangkan risko tindakan undang-undang,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Yang turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar selain Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dua kertas kerja dibentangkan dalam multaqa itu iaitu Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Bekas Mufti Johor, Datuk M. Tahrir Samsudin Tahrir dan Tanggungjawab Masyarakat Dalam Mengimarahkan Masjid oleh Dr. Arieff Salleh.

Dr. Arieff Salleh berkata, seharusnya pendekatan membimbing dilakukan agar AJK masjid dapat merancang aktiviti dengan aktif berlandaskan peraturan ditetapkan.

“Urusan kelulusan sesuatu program juga di masjid juga perlu mesra pelanggan. Sebaliknya dibangunkan satu sistem dalam talian dalam urusan permohonan kelulusan sesuatu program serta sudah ada rekod yang jelas tentang asatizah yang disenarai hitam dan senarai bersih bagi dijemput ke masjid atau surat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini