Kitab lama jadi kurikulum asas guru takmir - Utusan Malaysia

Kitab lama jadi kurikulum asas guru takmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Kitab-kitab warisan Islam lama terutama karangan Imam Al-Nawawi perlu dipertingkatkan terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Bekas Mufti Johor, Datuk M. Tahrir Samsudin berkata, kekurangan terjemahan tokoh Islam tersebut mengakibatkan masyarakat Islam tidak mendapat manfaat daripada ketinggian dan kehebatan mutu karya-karya tersebut.

“PIhak kerajaan dan swasta perlu meningkatkan usaha penterjemahan kitab-kitab warisan Islam ini. Mudah-mudahan karya-karya terjemahan itu mampu menjadi kurikulum asas kepada guru-guru takmir yang tidak mampu berbahasa Arab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu menjadi bahan bacaan umum masyarakat agar seluruh umat Islam mendapat manfaat daripada ketinggian warisan Islam tersebut,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini sebentar tadi.

Majlis tersebut disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Yang turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu

Bakar selain Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dua kertas kerja dibentangkan dalam multaqa itu iaitu Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Tahrir dan Tanggungjawab Masyarakat Dalam Mengimarahkan Masjid oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman. – UTUSAN ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini